perubahan akan tetap ada dalam diri seseorang...sama juga dgn aku...mungkin ada yang dapat menerima dan mungkin juga ada yang tidak dapat menerima perubahan diri ini....perubahan yang berlaku kerana kerelaan hati bukan kerana paksaan mahupun pujukan daripada sesiapa....
perubahan yang mengambil masa yang agak lama serta keputusan yang dibuat bukanlah satu keputusan yang mudah.....namun, satu perubahan harusku lakukan untuk membaiki diri yang lemah ini.....
ku akui bahawa aku tidak berlatar belakang akedemik ku bukan dari segi agama...namun, aku masih mendapat didikan agama daripada ayah dan ibu.....kerana itu, aku harus berusaha dengan keras untuk mengubah diriku supaya menjadi hambaNya yang lebih baik....
ketika tangan masih menulis, ku angkat kepala, entah apa nasib badan, aku dapat melihatnya....biarpun dari jauh, dirinya tetap jelas di pandangan mataku......insan yang andai diizinkan oleh tuhan, ingin ku bawanya sebagai mahram untuk aku ke Baitulharam....tanah air nabiku.....insan yang andai diizinkan, ingin aku kongsi segala suka,duka dan lara bersama, insan yang andai diizinkan, inginku sanjung dan ingin juga ku berkongsi perjuangan bersamanya.....insyaallah, andai hasratku diizinkan.....
with lots of love..........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment