Sunday, January 3, 2010

now my heart is say something....

rakan-rakan selalu berkata bahawa aku seorang yang bersifat agak kasar.....aku terima pandangan mereka kerana bagi aku mereka mungkin menilai peribadi luaranku yang agak kasar in....mungkin benar, kekasaran aku akan terserlah dengan lelaki serta orang yang tidak mengenali aku..namun aku yakin, andai mereka mengenali aku, aku tidaklah begitu kasar.....

siapa tahu perempuan yang kasar pada zahir mata memandang, sebenarnya hatinya jauh lebih lembut pada perempuan yang zahirnya lemah lembut....siapa tahu perempuan yang nampak kasar tu, jauh lebih sanggup berkorban untuk kebahagian orang lain...tanpa memikirkan dirinya sendiri, yang apabila dia sakit, ditanggungnya kesakitan itu sendiri....dan pabila melihat orang yang disayangi, terus digembirakan hati orang itu tanpa dikhabarkan walau sedikit pun tentang kesakitan yang dialaminya tadi....kesakitannya itu seolah-olah hilang bersama-sama senyum tawa insan tersayang....

Ketahuilah Allah swt dah anugerahkan dalam diri setiap perempuan sifat rahmah... sifat penyayang.Walau bagaimana kasarnya dia pada mata orang, tapi masih tertanam di dalam dadanya sifat penyayang. Bukankah perempuan dicipta dari tulang rusuk yang bengkok. Dan bengkoknya itu bukan bermakna satu kekurangan tetapi sebenarnya satu penyempurnaan. Tulang rusuk yang bengkok tadi sifatnya sebagai pelindung. Melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung dan paru-paru.Dalam erti kata lain, terciptanya seorang perempuan itu secara semula jadinya dua sifat tadi juga ada dalam dirinya, iaitu penyayang dan pelindung.

Oleh sebab itulah perasaan perempuan ni halus.Kerana adanya dua sifat itu jugalah, maka seorang perempuan sanggup bersabar dalam menjaga dan melayan kerenah anak-anak. Bersabar apabila hatinya diguris atau dikecewakan oleh mereka. Yang mana tidak mampu dilakukan oleh seorang lelaki.Sebenarnya bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinyapun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya.

Ironinya, perempuan kasar tingkah lakunya dan pernah juga dikatakan tidak layak untuk lelaki yang faham agama lantas berusaha memperbaiki dirinya. Sebab tu, usaha yang keras perlu untuk jadi muslimah yang baik... dan pastinya dengan cara yang tersendiri. Dalam diam berharap satu hari nanti dia juga akan menjadi bidadari syurga untuk lelaki yang bisa melihatnya sebagai bidadari. Bidadari dengan cara dan gayanyayang tersendiri.......

with lots of loves....

No comments:

Post a Comment