Sunday, January 10, 2010
antara cinta dan persahabatan....
Di mana ada cinta, di situ adanya persahabatan. Dan di mana ada persahabatan, di situ juga ada cinta. Persahabatan dan cinta adalah teman baik yang tidak dapat dipisahkan. Kalau dicuba pisahkan cinta dari persahabatan, akan hilang indahnya ikatan itu nanti. Kesedihan dan kekecewaan yang akan menyelubungi diri.Persahabatan merupakan hubungan indah antara manusia, di mana cinta hadir memberi senyuman dan mewarnai kehidupan. Ibarat bunga-bunga yang harum mewangi turun dari langit, lalu warna-warna dunia bertukar kepada jaluran-jaluran indah. Tanpa cinta, persahabatan mungkin akan diisi dengan rasa kecewa, marah, benci dan lain-lain yang membuat persahabatan itu tidak indah lagi. Cinta itu perlu ada dalam segala hal. Cinta pada yang maha pencipta, cinta yang kekal abadi. Cinta pada para Rasul yang membawa risalah tauhid kepada Ilahi. Cinta pada keluarga dan teman-teman,mereka yang paling dekat pada kamu. Dan cinta kepada makhluk Allah yang lain, haiwan dan alam sekitar kerana kita sama-sama bernaung di bawah satu langit. Cinta bukan sekadar ucapan 'I love you'. Cinta juga terungkap dengan perlakuan. Kadang-kadang tidak perlu ungkapan kata-kata untuk menunjukkan rasa cinta. Perlakuan boleh jadi tanda yang cukup besar betapa sayangnya kita pada mereka. Kerana hadirnya cinta dalam persahabatan buat kamu saling menyayangi antara satu sama lain. Cinta bukanlah perosak persahabatan sebaliknya cinta yang memperindahkan persahabatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment